Lokasi: Hutan Lipur Ulu Paip, Kulim, Kedah. |
Mengambil foto air terjun adalah satu cabaran yang menarik bagi kebanyakan peminat fotografi. Terdapat pelbagai teknik untuk tujuan ini. Hasilnya bergantung pada tujuan foto dan kebolehan jenis kamera yang digunakan. Teknik "slow shutter" atau kelajuan shutter rendah yang saya paparkan disini adalah lebih menghala kepada artistik fotografi dan ini memerlukan kamera dslr. Seperti gambar di atas, teknik ini membuatkan pergerakan air menjadi seperti asap. Batu dan daun juga menjadi lebih jelas dengan pembentukan kontras yang lebih tepat. Tetapi menggunakan teknik ini, kelajuan shutter yang rendah menjadikan pengambilan gambar menggunakan tangan mejadi mustahil dan anda memerlukan tripod supaya imejnya jelas.
Aksesori yang di perlukan adalah:
- Tripod: Ini adalah perlu untuk mengambil gambar dengan kelajuan perlahan.
- Filter Circular Polarising: Perlu untuk menghilangkan bayangan silau (highlight) seperti cahaya matahari di air dan batu. Filter ini juga membantu menimbulkan warna (saturation) yang lebih kuat.
Berikut adalah EXIF data yang diperjelaskan:
- F22: Ini adalah pilihan aperture yang digunakan. Aperture bukaan kecil ini adalah untuk memperlahankan kelajuan shutter.
- 0.5s: kelajuan shutter yang digunakan adalah 0.5 saat.
- ISO 100:pilihan iso yang rendah untuk memperlahankan kelajuan shutter.
- EV -2: Untuk memperbetulkan exposure yang terlalu cerah, menggunakan nilai "bracketing" -2.
- AV mode: Pilihan setting kamera dengan menggunakan Aperture Value (AV), dimana segala kelajuan dan lain akan terbentuk dari pilihan aperture.
- EOS 300D: Kamera yang digunakan adalah Canon EOS 300D. Tak perlu kamera mahal.
Selepas memasangkan kamera ke tripod, pastikan filter itu menghilangkan segala silauan yang terdapat di lokasi dahulu. Kemudian pastikan kamera di dalam mod AV dan pilihan aperture adalah F22. Siap semuanya, untuk memastikan tiada gegaran yang boleh merosakkan kejelasan imej, anda boleh menggunakan kabel "shutter release" atau pun "wireless remote control". Ini adalah supaya tangan anda tidak menyentuh kamera. Tetapi kalau tripod anda kukuh dan stabil, teruskan sahaja seperti biasa Yang terbaik, gunakan "exposure bracketing". Ambil sahaja gambar pada setiap nilai dari +2 hingga ke -2 sebagai insuran. Ini adalah untuk mengelakkan imej-imej anda dari terlebih atau terkurang cerah dan gelap. Tak perlu pening bila anda sudah pulang dan di hadapan komputer nanti.
Untuk seterusnya nanti saya akan memaparkan teknik mengambil gambar air terjun menggunakan kamera mudah (compact) yang biasa.
Assalamualaikum. Saya ada soalan ingin bertanya. Blhkah sekiranya saya ingin menggunakan mode TV utk mengambil gmbr air terjun?
ReplyDeleteboleh..tapi gambar air nanti bukan seperti kat atas..rujuk ke satu lagi topik "menggunakan high shutter speed" kat blog archive (sebelah kanan)..
ReplyDeleteTerima kasih..maklumat yg sgt berguna
ReplyDeleteterima kasih bang
ReplyDeletethanks
ReplyDeletemau tanya brapa speed standar untuk mengambil gambar waterfall,seperti gambar yg di atas...
ReplyDeletepaling perlahan yg boleh, gunakan ISO 100..
Deletebrapa speed yg paling baik tuk ngambil gambar tersebut,iso nya sama fokusnya...?
ReplyDelete