Lokasi: Hutan Rekreasi Bukit Perak, Sungai Tiang, Kedah. |
Jika anda menggunakan kamera kompak untuk mengambil foto air terjun, perlulah kita mengetahui akan keupayaan kamera tersebut. Terdapat pelbagai jenama dan model. Dari yang ringkas di mana kawalannya semua automatik hinggalah ke model yang mempunyai kawalan yang manual. Kamera yang saya gunakan di sini adalah Canon Powershot A3000 IS, sebuah model yang murah, cuma RM 399 semasa di pasaran dahulu. Ia adalah model separa automatik di mana anda boleh mengubah kawalan Exposure Value (EV). Ini adalah ciri yang penting untuk mengawal kecerahan atau kegelapan imej yang di ambil. Juga terdapat bacaan Histogram dan kawalan amaran kecerahan dan kegelapan (highlight shadow warning). Ia akan berkelip kelip pada imej di LCD sekiranya terlebih kecerahan ataupun kegelapan.
Apabila menggunakan kamera kompak, tak kira jenamanya, masaalah utama adalah sensor CCDnya. Ia tidak mempunyai kualiti "dynamic range" yang sama dengan kamera dslr. Kesimpulannya, kamera kompak tidak dapat mengawal suasana yang mempunyai kegelapan dan kecerahan yang melampau (contrast) di dalam sesuatu lokasi untuk mengambil foto. Ia memerlukan pencahayaan yang sekata, seperti di dalam rumah atau di studio. Ini tidak bermakna kamera kompak tidak elok digunakan. Ia akan memberikan imej yang baik jika di bawah pencahayaan yang terkawal.
Untuk model Canon ini, hanya terdapat pilihan aperture di antara F2.7 dan F5.6. Ini bermakna anda hanya dapat mengambil foto secara apa yang mampu dihasilkan oleh kamera tersebut, kerana kawalan aperture tidak dapat di ubah oleh pengguna. Kelajuan shutter juga dikawal oleh kamera. Terdapat kawalan ISO secara manual dan automatik. Yang penting adalah pengawalan Exposure menggunakan EV bracketing. Di sini anda dapat mengawal kecerahan dan kegelapan imej. Jumlah kawalan exposure adalah dari -2 (paling gelap) hingga +2 (paling cerah). Terdapat butang pada kamera dengan gambar +/- untuk menggunakannya.
Ini adalah imej yang pertama di ambil. Kilauan cahaya di air terjun sebelah bawah telah menggangu exposure. Ini adalah masaalah biasa yang selalu timbul bila menggunakan kamera kompak. Saya mengurangkan EV kepada -1 untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Ini adalah berpandu kepada bacaan histogram dan amaran kecerahan (highlight warning) yang terletak pada kamera. Imej terhasil adalah gelap sedikit untuk menampung kecerahan tersebut, tetapi masih tidak mampu untuk menghilangkan kilauan. Berikut adalah bacaan Exif data imej tersebut:
- ISO 100: di tetapkan secara manual.
- Exposure: 1/250 saat, kelajuan shutter
- Aperture F3.5
- EV -1: untuk mempergelapkan imej.
Untuk menghilangkan masaalah kilauan air yang mengganggu exposure, saya letakkan seorang pemuda di dalam sungai untuk melindungi kilauan tersebut (gambar di atas). Ini membantu mendapatkan bacaan exposure yang lebih tepat dan imej yang terhasil lebih cerah. Bacaan Exif data yang telah berubah:
- ISO 100
- Exposure: 1/200 s
- Aperture 3.5
- EV -1
Di bawah adalah contoh foto yang mempunyai pencahayaan yang sekata. Kamera yang digunakan adalah Canon Powershot A80.
Lokasi: Air Terjun Lata Lembu, Sik, Kedah. |
No comments:
Post a Comment