Lokasi: Padang Sanai, Kedah. |
Pemandangan indah “sunset” atau matahari terbenam adalah
satu keindahan alam yang di gemari oleh
ramai peminat fotografi. Dengan langit kemerahan dan awan-awan pelbagai warna,
ianya seperti sebuah lukisan. Dan hanya beberapa minit sahaja untuk menikmati keindahannya
sebelum kegelapan menimpa.
Untuk mengambil foto matahari terbenam, bukanlah sesuatu
perkara yang rumit. Yang paling penting adalah cuaca itu sendiri. Adakah
pemandangan itu menjadi, tanpa halangan seperti awan hujan atau pun jerebu?
Sekiranya semuanya tiada permasaalahan, mengambil foto pemandangan matahari
terbenam adalah ringkas. Panduan yang saya beri disini adalah bersesuian dengan
kamera dslr, kompak dan kreatif kompak. Aksesori yang perlu hanyalah
Circular Polarising Filter untuk menghilangkan silau. Kita mulakan dengan
meninjau data exif untuk foto di atas:
- Kamera: Canon EOS 300D
- Aperture: F5.6
- ISO: 125
- Shutter Speed: 1/200 saat
- Zoom: 150mm
- Metering Mode: Evaluative
- White Balance: Auto
Untuk foto diatas, saya menggunakan setting “Full Auto”
sahaja kerana kesuntukan masa. Pilihan exposure kamera adalah sama sahaja jika hendak
menggunakan “manual” setting. Exposurenya juga adalah tepat. Tidak perlu dirisaukan kerana pemandangan matahari terbenam mempunyai pencahayaan yang
sekata, jadi ini memudahkan pengiraan exposure yang tepat oleh kamera.
Untuk mendapatkan gambar matahari yang besar di dalam imej (foto di bawah),
anda mestilah menggunakan lensa zoom, seeloknya yang mempunyai jarak sehingga
200mm. Biarlah matahari ditengah imej, dan zoomkan supaya matahari menjadi
lebih besar. Cuma berhati hati dengan mata anda. Jangan memandang terlalu lama.
Untuk memastikan gambar anda tidak kabur (sharp) bila
memegang kamera menggunakan tangan, pastikan anda menggunakan shutter speed
yang bersesuaian dengan jarak zoom anda. Formula yang saya gunakan adalah 1mm =
1/1 saat. Jika jarak zoom anda adalah 150mm, bermakna 1 saat x 150mm = 1/150 saat minima di perlukan untuk imej yang tidak kabur akibat getaran tangan. Shutter speed di atas adalah
1/200, lebih dari mencukupi untuk tujuan tersebut. Formula ini boleh digunakan
untuk penggunaan zoom pada aktiviti lain seperti mengambil gambar burung,
sukan dan lain lain. Tetapi jika anda menggunakan tripod, tidak perlu menggunakan formula ini.
Pantai Murni, Yan, Kedah. |
Sekiranya imej anda gelap atau cerah, betulkan
keadaan imej dengan menggunakan pembetulan exposure, atau AE bracketing compensation (butang bersimbol +/- ). Tambahkan nilai
untuk mencerahkan atau kurangkan nilai untuk menggelapkan.
Untuk gambar di sebelah, saya gunakan AV setting, menggunakan aperture sebagai penentu exposure.
Data exif:
- Kamera: Canon EOS 300D
- Aperture: 6.3
- ISO: 100
- Zoom: 170mm
- Metering: Evaluative
- White Balance: Auto
Untuk kamera kompak dan kreatif kompak, panduan di atas boleh digunakan. Untuk kreatif kompak, anda boleh meletakkan aperture antara F2.8 hingga ke F5.6, dan gunakan AE bracketing untuk pembetulan cerah atau gelap kepada imej.
No comments:
Post a Comment